riani&ridzuan

**Full House**

Archive for January, 2008


ooo.. begitu rupenye

Sudah genap sebulan umur ‘Ain, sebulan jugalah aku bergelar seorang ibu.  Pada 2 minggu pertama, agak stressful.. sakit, letih sebab ada sorang lagi yang kita kena jaga dari A sapai Z.

Namun, semakin hari semakinlah sayang pada buah hati pengarang jantung aku nih.. sudah naik 900g dari berat semasa dilahirkan.  Matanya pun sudah tahu nak pandang orang. 

Semasa usianya 20 hari, ‘Ain asyik meragam tak mahu hisap susu.  Malam-malam aku hadapi kesukaran nak tidurkan dia, aku end up stay up sapai 2-3 pagi sapai aku nangis sebab susah nak tidurkan dia.  Biasanya kalau bagi susu dia akan tidur terus namun kali ini tidak… Entah kenapa… lantas aku ajukan soalan tu pada hubbyku.

Kami ke klinik pada masa itu sebab darah ‘Ain mesti diperiksa tahap jaundice nya.  Semasa di klinik, hubby ku perhatikan muka ‘Ain dan berkata padaku, "sayang, banyak nya tahi hidung ‘Ain, penuh satu hidung."

Lantas aku membalas, "Ooo.. begitu rupanya. Agaknya apa perasaan abang kalau tak korek hidung 20 hari?"