Basikal. Bas. Moto. Kereta. Bas. Basikal.
Tahun 1988
Aku terus ingat memori aku berbasikal ke sekolah yang jauhnya lebih kurang 5km dari rumah. Pada masa itu, mak dan abah aku hanya ada motosikal Honda 70 aja dan kami tak pernah merasa naik kereta. Masa darjah satu dan dua abah hantar sekolah naik moto. Aku terer naik basikal masa aku umur 5 tahun. Tapi pada masa aku umur 9 tahun, aku mendapat basikal abang aku untuk ke sekolah. Apa yang aku paling tak suka pasal naik basikal berbanding naik motor adalah aku kena kayuh sendiri (panasss), aku kena bangun awal (dalam mimpilah) dan aku kena lalu jalan berbatu yang akan sebabkan beg aku asyik jatuh atas jalan. Setiap kali balik aku akan seret beg tu je sampai ke rumah. Tapi petang aku terus hilang dengan basikal aku keliling satu kampung, maghrib baru balik. Rotan jangan cakaplah, samada aku menyorok atau aku kena balun.
1993
Sekolah aku ada di bandar (so call) Machang dalam 20km dari umah. Aku sekolah petang, jadi istilah bangun awal tiada dalam kamus hidup aku. Bas pukul 11.15 pagi lah yang aku pilih, ramai sungguh geng dan aku berjaya dapat tambang bas murah (50% less) sebab aku sunggu kecik. Ahhaha mulalah ada gossip pakcik tu ada hati kat aku. Tapi balik petang sampai umah mesti maghrib sebab bas dari bandar bertolak pukul 6.45 petang. Selalu bukak posa atas bas!!!
1995
Aku pilih duk asrama sebab aku malas nak bangun pagi sangat. Aku lah orang yang ponteng subuh jemaah, pegi kelas paling lambat dan tido dalam musalla masa kelas arab… ahaks jahat sunggoh. Masa tu hanya jalan kaki je gi kelas.. seronok. Duk asrama ni lah aku jumpa geng Dorm C yang pelik2 tapi best giler dan suka buat kerja giler.
2001
Masa matrikulasi pon aku jalan kaki gi kelas. Boleh tahan jugak aku ni lambat. Tapi sebab bilik aku ada 3 lagi yang sekelas, sikit-sikit lah aku rajin nak awal gak. Apa yang paling best masa tu adalah, aku aja pakai kasut adidas biru sedangkan peraturan suruh pakai kasut hitam.
2002
Naik bas dari kolej 12, UPM adalah yang paling aku benci!!!! Kena bangun dan keluar awal lah yang aku sangat2 tak suka. Kelas pulak start 8 pagi. Masa tu lah aku mintak moto ngan mak aku. Dapat moto abang aku pon jadilah tapi yang paling best suzuki best 100 tu memang berasap giler aa.. tapi yang pasti kan, aku berjaya sapai ke kelas dengan cepat (tak cepat pon)!! Lagi best tahun aku adalah tahun last moto dibenarkan pada student kat UPM. Apalagi, sticker UPM aku kene curi lah kat seri serdang.. menyampah!!! Aku penah eksiden dengan Pamela Ong (budak sekelas aku) masa nak datang conference petang jumaat. Hemm memang melayang lah macam superman, aku melambung ke atas tanah berumput, bibir pecah lah. Paling best ramai orang datang, aku memang malu nak bukak mata sampai Pam panggil aku. Tapi kengkawan yang tolong aku pahtu, thank you!!!
2006
Aku kat Langkawi guna kete buruk bos, Wira biru. Kete tulah aku bawak gi keje dan berebut ngan animal helper yang lain. Paling best aku dan Ina petang-petang gi mandi pantai pahtu balik basah je dalam kete (yang details ina dan aku je tau.. hehehe). Ina masa tu tak reti bawak keta, aku pulak baru dapat lesen. Aku jugak bawak Kamal gi Kuah sebab Kamal pon tak dak lesen. Dalam kegugupan tu le aku jadi terer!!! Wa cakap lu…
Disember 2006 Aku dah kawen, keje kat Arachem. Kenari WPT6402 adalah kereta aku. Ahaks kenapa Kenari? Entahlah. Aku pon tak paham. Tapi kete kecik belanja minyak pon kecik. Seronok gi keje naik kete tapi tak seronok bila jem. Naik basikal lagi laju… Jadi kami pindah ke taman bukit belimbing bila aku tukar keje ke UPM. Ahaks.. dekat sungguh lagilah aku suka. Takdeklah nak bangun awal macam masa duduk Ukay perdana. Rindu kat kete aku, main cilok-cilok depan mines dan paling best kalu aku, ain dan hubby nak balik kampung. Saat paling best bila aku dan hubby balik kampung bawa ain untuk pertama kali. Saat tak kurang manis bila hubby aku bawa balik aku dan ain ke KL lepas pantang…
2008
Aku naik bas 2 kali sebelum sapai kelas dekat UMC, Universiteit Utrecht. Kenalah gi awal atleast sejam awal turun dari umah. Tapi umah aku tepi jalan.. pahtu bas berduyun-duyun. Pas bas sebulan boleh gi mana-mana kat Utrecht jadi selalulah ke mana saja naik bas.
Basikal pon aku ada jugak. Nak pegi pejabat pos amik barang, gi kedai beli barang-barang mesti naik basikal. Tapi sejuk lah tak tahan angin dia. Mula-mula aku naik basikal sakit urat laaa, nak demam pon ada. Ahhhaha tapi lama-lama alah bisa tegal biasa.
Pahtu aku jupe umah kat Bilthoven lak.. jauh nun dalam hutan. Agak-agak berjaya tak aku harungi naik basikal 12km(6km-6km) gi balik umah ke university sehari???
Atau adakah ada beg yang akan terseret kat atas jalan sapai aku balik umah? Natilah aku kasi tahu…