riani&ridzuan

**Full House**

Archive for September, 2009


PenAt

Menikmati lagu DEWA 19.

Sambil melayan crayon sinchan di you tube.

Facebook.

Otak makin melalut, gara-gara perbincangan bersama tutor hampir 1 jam 15 minit. 

Apabila hati resah, gundah penuh dengan ketidaktentuan maka mulalah bermacam ragam perasaan pilu, sedih..  Di tambah lagu selimut hati ~DEWA 19.

Melihat fail references di atas meja, laptop merah DELL hampir kehabisan bateri dan lunch yang sudah habis aku makan; beginilah hidup seorang student.  Hidup yang adakala langit tak selalu cerah. 

Model aku hampir ke hujungnya.  Aku boleh anggarkan hampir 75% kerja sudah siap.  Beberapa meeting bersama tutor, supervisor dan expert; insyaallah aku akan mula run model.  Buat masa sekarang, model aku masih dikemaskini. 

Cuma apabila aku mahu melangkah lagi, agak berat.  Ya allah. Ku pohon agar diriMU terus memberikan aku seberapa banyak rahmatmu.  Kurniakan Iman dan takwa pada hambaMu untuk meneruskan perjuangan ini.